Meja Pengetua

En Mior Ahmad bin Ri

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpahkurnia dan izinNya dapat kita membangunkan website rasmi bagi Sekolah Menengah ebangsaan Hamid Khan, Tapah, Perak Darul Ridzuan.



Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada bekas pelajar sekolah ini dan telah menajalani praktikal disekolah ini serta semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan pembanggunan website rasmi sekolah ini. Sesungguhnya, kejayaan membangunkan website rasmi sekolah ini melambangkan usaha gigih, kerjasama dan komitmen kerja seluruh warga SMK Hamid Khan.



Dewasa ini, demi mencapai kejayaan, pelbagai cabaran dan kesukaran perlu diharungi. Anak didik SMK Hamid Khan selaku bakal peneraju negara mestilah merebut segala peluang yang tersedia di medan persekolahan untuk menjadi insan yang beriman ,berilmu ,bermandiri ,berkarisma ,jujur ,dan mempunyai jati diri yang jitu lagi kukuh.Kecemerlangan akademik harus diburu tanpa mengabaikan kecemerlangan rohani dan sahsiah. Sesungguhnya tiada anugerah yang paling bernilai dalam kehidupan guru melainkan apabila melihat anak didiknya berjaya dalam pelajaran dan kehidupan.Kecantikan yang abadi

ialah pada keelokan adab dan ketinggian ilmu.Tinggikanlah cita-cita anda setinggi bintang di langit dan rendahkanlah diri anda serendah mutiara di lautan. Selaku anak didik kenangilah jasa ibu bapa dan guru semoga segala nasihat , tunjuk ajar dan bimbingan membawa berkat dalam proses menuntut ilmu.



Perubahan pesat dalam proses profesion perguruan pula kini menuntut para pendidik meningkatkan kualiti dan tahap profesionalisme. Semakin hari , dipertanggungjawabkan dengan amanah untuk mendidik dengan penuh

kesungguhan seiring dengan ketinggian budi pekerti , mengamalkan budaya kerja yang positif serta sentiasa mengambil inisiatif membaiki diri dari segi ilmu pengetahuan, kemahiran serta kelayakan akademik yang berteraskan

konsep pendidikan sepanjang hayat. Justeru itu, warga guru sentiasa perlu melakukan refleksi , anjakan paradigma,sikap dan minda yang bertanggungjawab sebagai nadi pencipta insan masa hadapan.



Oleh yang demikian besarlah harapan saya agar seluruh warga SMK. Hamid Khan bersama-sama mengembleng tenaga dan minda secara gigih demi menjana kemajuan sekolah kita yang tersayang ini.Semoga dengan kejituan peribadi yang mulia dan pengorbanan yang ikhlas akan dipermudahkan Allah perjuangan kita dalam usaha melahirkan anak didik yang cemerlang lagi

terdidik.Insya Allah, Diharapkan Website rasmi sekolah ini akan memberi manafaat dan koleksi bersejarah bagi kita semua.



Sekian ,terima kasih.