Sejarah Sekolah


Sekolah Menengah Kebangsaan Hamid Khan, Tapah, Perak atau ringkasnya SMKHK terletak di satu kawasan seluas 4.9 hektar yang dahulunya kawasan bekas lapang sasar (menembak) Angkatan Tentera British / Malaysia. Sekolah ini diasakan pada tahun 1966 bagi menampung pelajar-pelajar aliran Melayu yang menumpang di Government English Secondary School Tapah (SMBA) yang hanya mempunyai satu kelas tingkatan 1.

Pada ketika itu, guru yang mengajar di sekolah aliran Melayu seramai 4 orang guru terlatih,8 orang guru pelatih PLD dan seorang guru sementara. Kekurangan guru ditampung oleh guru-guru yang mengajar di Government English Secondary School (SMBA).

Pada tahun 1964 ,bangunan sekolah ini dalam proses pembinaan.Pada akhir tahun 1965 ,bangunan sekolah ini siap dibina .Ianya mengandungi tujuh buah bilik darjah, 2 buah makmal dan 2 buah bangunan asrama lengkap dengan bilik rehat, surau ,dewan makan dan dapur.


Apabila sekolah ini dibuka pada tahun 1966,pelajar-pelajar aliran Melayu yang menumpang di Government English Secondary School (SMBA) telah berpindah ke bangunan baru di Jalan Padang Tembak,(Jalan Damai) Tapah .Tetapi pelajar tingkatan 4 masih menumpang di sekolah tersebut . Namun begitu, oleh kerana bilik darjah masih tidak mencukupi bagi menampung para pelajarnya maka para pelajar terpaksa menggunakan bilik-bilik makmal, bilik Sains Rumah Tangga dan bangunan asrama.





Pada tahun 1967, dua buah bangunan tambahan mula dibina mengandungi enam kelas dan sebuah stor. Pada tahun yang sama, sekolah ini terpaksa mengadakan dua sidang iaitu sidang pagi dan sidang petang disebabkan masih kekurangan kelas.





Pada 1974, beberapa bangunan tambahan dibina ,iaitu blok pejabat ,makmal sains tulen serta bengkel sena perusahan. Identiti sekolah sebagai sekolah aliran Melayu telah berubah denga wujudnya kelas peralihan .





Sejak penubuhan sekolah hingga sekarang seramai 8 orang pengetua telah berkhidmat. Salah seorang pengetuanya iaitu En. Haniff bin Amran yang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Pendidikan II, Jabatan Pendidikan Negeri Perak.





Sepanjang 38 tahun perubahan sekolah ini (1966-2004), sekolah ini telah menempuh pelbagai pengalaman dan era perubahan dari semasa ke semasa dalam segala bidang serta melahirkan ramai tokoh dalam bidang akademik dan sukan yang pernah menjadi kebanggaan sekolah, negari dan sejarahnya.